ZAKAT SELANGOR SUSULI KISAH JUAL NASI LEMAK
Pastinya pengguna laman media sosial mengikuti kisah ini. Untuk makluman Zakat Selangor telah menghubungi dan menyemak kelayakkan keluarga ini.
Namun mereka tidak layak sebagai asnaf fakir miskin memandangkan pendapatan isi rumah melebihi haddul kifayah (had penentu kemiskinan). Suami beliau bekerja sebagai pembantu di sebuah hotel.
Walaubagaimana pun siasatan lanjut akan dibuat oleh untuk melihat keperluan lain jika ada dan sekiranya layak dibantu.Usaha mereka patut dipuji memandang sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan keluarga.