Hulu Langat–Penjelasan berkaitan viral whatsapp ini. Bakri Palilu adalah penerima bantuan daripada Zakat Selangor dari Cheras mempunyai seorang isteri yang lumpuh separuh badan, anak kurang upaya dan seorang anak masih bersekolah.
Beliau adalah penerima bantuan sewa rumah bermula bulan Sept-Dis 2017. Kadar bantuan bantuan zakat sebulan untuk sewa rumah ialah RM600.00.
Asnaf ini juga penerima bantuan perubatan (susu khas ) 10 tin sebulan berjumlah RM508.80 sebulan dari Zakat Selangor.
Keseluruhan bantuan yang di terima daripada Zakat untuk bantuan perubatan anak (susu khas) ini berjumlah RM4,579.20 telah diluluskan bermula April-Disember 2017.
Pihak kami juga berhubung dengan asnaf ini dah pemilik rumah yang disewa. Atas budi bicara pihak tuan rumah bersetuju untuk tidak menghalau asnaf ini.
Sumber : Lembaga Zakat Selangor