Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor

SYARAT AM

Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :

  1. Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU
  3. Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
  4. Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.

MESIR (ULUM ISLAMIAH) – SPM

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut: :

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kepujian sekurang-kurangnya Gred B bagi semua mata pelajaran yang diambil; DAN
  2. Sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah; SERTA
  3. Sekurang-kurangnya memperolehi kepujian bagi mata pelajaran selebihnya DAN
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Tahfiz al-Quran (SKTQ) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) atau yang setaraf dengannya ; ATAU
  5. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.

KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG DERMASISWA MESIR

JORDAN (PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB) – SPM

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut: :

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah; SERTA
  2. Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz AlQuran ( SMATQ ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU
  4. Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya

KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG DERMASISWA JORDAN

CARA MEMOHON

  1. Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Tarikh tutup permohonan: 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan.
  3. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
  4. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.
  5. Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga.
  6. Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
  7. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi, Jabatan Agama Islam Selangor di talian 03-5514 3576

Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

Unit Pengajian Tinggi,
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

SUMBER : www.zakatselangor.com.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Anda mungkin juga meminati

Kad Asnaf 1

Pelancaran Kad Rawatan Asnaf

PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Penggunaan Kad Asnaf ini dapat dimanfaatkan oleh 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada golongan asnaf yang telah berkahwin.

Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah

Nasib Suami Tanpa Tempurung Kepala & Isteri Pengidap Sakit Kronik Dibela Zakat Kedah

Berikutan masalah kesihatan ketua keluarganya, mereka sekeluarga terhimpit dalam kesusahan kerana mengalami masalah dari segi kekangan kewangan. Dalam pada itu, Thahir Lazim, tidak memiliki tempurung kepala apabila telah dibuang selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tiga tahun lalu. Akibat kejadian tersebut, beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ahli keluarganya.

Majlis Konvokesyen NAZA Academy

Majlis Konvokesyen Naza Academy Kali Ke-6 ini, seramai 6 orang pelajar asnaf Negeri Pulau Pinang di bawah tajaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 di NAZA Academy Gurun, Kedah. Diploma disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mahfuz Bin Haji Omar, Timb. Menteri Sumber Manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *