Rawang–19hb Oktober adalah hari yang amat bermakna buat saudara Saiful Haris dan keluarga kerana Zakat Selangor telah menyerahkan kunci kediaman yang baru kepada mereka.
Saiful Haris pemegang kad OKU fizikal . Tidak boleh menjalankan kerja-kerja berat. Manakala dua anaknya turut pemegang kad OKU fizikal.
Zakat Selangor meluluskan bantuan bagi tujuan pembelian rumah kos rendah di Pangsapuri Nuri, Rawang.
Dengan bantuan ini, dapat meringankan tanggungan saudara Saiful Haris yang bekerja mengambil upah sebagai tukang urut.
Terima kasih kepada penunai zakat . ” Daripada anda untuk asnaf ”
Sumber : FB LZS MAIS