Sebenarnya : Viral Kisah Asnaf Tak Dapat Bantuan

IKUTI KISAH SEBENAR…kisah yang disebar asnaf tiada menerima bantuan.

Damai Perdana, Cheras–Zarina adalah seorang ibu tunggal dan merupakan asnaf miskin yang menerima bantuan zakat sejak tahun 2015. Kami menziarahi asnaf ini susulan kisahnya tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana institusi disebarkan.

Untuk makluman asnaf ini adalah mangsa keganasan rumahtangga daripada bekas suaminya. Keganasan rumahtangga yang berlaku pada sejak tahun 2015 dan telah pun bercerai.

Tahun 2016 pihak Zakat Selangor telah meluluskan dan membiayai bantuan perubatan beliau (APRIL-DISEMBER 2016) dengan kelulusan berjumlah RM18,000.00. Kos perubatan sebulan asnaf ini hampir mencecah RM2,000.00.

Namum sejak awal tahun 2017, mendapati asnaf ini tidak membuat sambungan permohonan bagi bantuan perubatannya. Pihak Zakat Selangor menyiasat asnaf ini pada bulan Ogos mendapati asnaf ini sudah menerima bantuan perubatan daripada pihak JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) dan telah menerima @ pemegang kad OKU kategori pelbagai.

Asnaf ini menjalani rawatan di HUKM dan kos perubatannya ditanggung sepenuhnya oleh pihak JKM. Selain daripada bantuan perubatan 2016, asnaf ini juga adalah penerima bantuan hari raya berjumlah RM700.00 selain dari bantuan-bantuan kecemasan yang lain pada tahun 2017.

Pada Ogos 2017, asnaf ini hadir ke Zakat Cawangan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan menyatakan beliau sudah dapat kediaman sewa yang lebih baik untuk kemudahan anak-anaknya ke sekolah dan memohon bantuan sewa rumah.

Namun terdapat permasalahan daripada tuan rumah kerana tidak mahu bayaran sewa rumah ini dibayar oleh Zakat Selangor kerana ketidakfahaman tuan rumah (Non Muslim) yang mengkhuatiri perkara ini adalah tidak benar.

Pihak Zakat Selangor telah berhubung dengan tuan rumah asnaf ini, dan menyatakan perkara yang sebenar. Pihak tuan rumah meminta masa sedikit untuk memutuskan perkara ini oleh kerana tuan rumah khuatir dibohong.

Sementara itu juga, Zakat Selangor dengan kerjasama amil kariah Masjid Bandar Tun Hussein onn telah pun mengambil inisiatif pencarian rumah sewa baru sejak bulan lepas jika tuan rumah yang sekarang ini tidak boleh memberikan kerjasama.

Sumber : FB LZS MAIS

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Anda mungkin juga meminati

Kad Asnaf 1

Pelancaran Kad Rawatan Asnaf

PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Penggunaan Kad Asnaf ini dapat dimanfaatkan oleh 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada golongan asnaf yang telah berkahwin.

Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah

Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh tutup permohonan: 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.

Nasib Suami Tanpa Tempurung Kepala & Isteri Pengidap Sakit Kronik Dibela Zakat Kedah

Berikutan masalah kesihatan ketua keluarganya, mereka sekeluarga terhimpit dalam kesusahan kerana mengalami masalah dari segi kekangan kewangan. Dalam pada itu, Thahir Lazim, tidak memiliki tempurung kepala apabila telah dibuang selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tiga tahun lalu. Akibat kejadian tersebut, beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ahli keluarganya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *