Pelancaran Kad Rawatan Asnaf

Kuala Lumpur – Hospital Pusrawi Sdn Bhd dengan kerjasama MAIWP, telah mengambil langkah proaktif memperkenalkan Program Kad Rawatan Asnaf. Pelancaran kad ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajjah Fuziah Salleh dalam majlis Pelancaran Kad Rawatan Asnaf Hopital Pusrawi baru-baru ini

Bagi merealisasikan program yang julung kali diadakan ini, hospital Pusrawi telah mewujudkan Tabung Pesakit sebanyak RM100,000.00 maksima kadar rawatan adalah sebanyak RM500.00 setahun termasuk ubat dan prosedur untuk sebuah keluarga. Peluang ini mendapat manfaat kepada 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada mereka yang telah berkahwin. Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah.

Bagi pihak kami MAIWP dan saya bertanggungjawab kita akan sedia kalau ada idea-idea sebab kita ada 22 ribu asnaf di wilayah dan kalau setiap hospital boleh sumbang 200 kad asnaf di Wilayah Persekutuan sahaja kita dah boleh tampung asnaf. Saya mengajak mereka sama-sama dalam usaha ini.

Penerima Kad Rawatan Asnaf, En Abu Bakar dan Puan Norasima yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP melahirkan rasa gembira kerana terpilih menerima bantuan ini.

“Alhamdulillah terima kasih kerana bagi bantuan kepada orang macam pakcik ini perasaan tidak terkata. Terima kasih MAIWP kerana bagi rawatan percuma pada pakcik”.

“Sebelum ini saya dapat panggilan dari MAIWP, terkejut kerana menerima bantuan kad rawatan asnaf dari hospital pusrawi. Terasa amat terkejutlah”.

Dalam pada masa yang sama, YB Hajjah Fuziah Salleh turut menyempurnakan Program Kad Ibu Susuan atau cetusan laktasi yang diberikan kepada ibu yang berjaya menyusukan bayi angkat mereka berumur 2 tahun sehingga 5 kali kenyang. Cetusan Laktasi adalah merujuk kepada wanita yang tidak pernah mengandung dan melahirkan bayi, akan tetapi melalui satu proses untuk mengupayakan diri mereka bagi menghasilkan susu dan boleh menysusu bayi.

SUMBER : www.maiwp.gov.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Anda mungkin juga meminati

Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh tutup permohonan: 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.

Nasib Suami Tanpa Tempurung Kepala & Isteri Pengidap Sakit Kronik Dibela Zakat Kedah

Berikutan masalah kesihatan ketua keluarganya, mereka sekeluarga terhimpit dalam kesusahan kerana mengalami masalah dari segi kekangan kewangan. Dalam pada itu, Thahir Lazim, tidak memiliki tempurung kepala apabila telah dibuang selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tiga tahun lalu. Akibat kejadian tersebut, beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ahli keluarganya.

Majlis Konvokesyen NAZA Academy

Majlis Konvokesyen Naza Academy Kali Ke-6 ini, seramai 6 orang pelajar asnaf Negeri Pulau Pinang di bawah tajaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 di NAZA Academy Gurun, Kedah. Diploma disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mahfuz Bin Haji Omar, Timb. Menteri Sumber Manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *