Nasib Suami Tanpa Tempurung Kepala & Isteri Pengidap Sakit Kronik Dibela Zakat Kedah

KULIM – Nasib keluarga Thahir Lazim yang sedang menghadapi masalah kewangan telah mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Kulim apabila pegawainya, Ustaz Mohd Khairi Ishak telah berkesempatan untuk turun menyantuni keluarga ini di Kampung Paya Jemerli, Karangan Kulim Kedah.

Pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim menerima maklumat berkaitan keadaan keluarga ini melalui talian aduan Whatsapp sekaligus mengambil tindakan pantas untuk turun menziarahi keluarga tersebut.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak, keluarga tersebut merupakan salah seorang daripada penerima bantuan bina rumah daripada pihak LZNK pada tahun 2014 yang lalu.

Namun, berikutan masalah kesihatan ketua keluarganya, mereka sekeluarga terhimpit dalam kesusahan kerana mengalami masalah dari segi kekangan kewangan. Dalam pada itu, Thahir Lazim, tidak memiliki tempurung kepala apabila telah dibuang selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tiga tahun lalu. Akibat kejadian tersebut, beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ahli keluarganya.

Lebih menyayat hati apabila isterinya turut menghidapi komplikasi buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis di hospital kerajaan. Malahan, isterinya tidak mampu melakukan sebarang kerja apabila turut diserang angin ahmar (strok) pada bulan Disember 2018.

Seorang anak mereka yang tinggal bersama juga merupakan orang kurang upaya (OKU) yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka sekeluarga hanya bergantung harap keatas bantuan kewangan daripada pihak JKM serta sumbangan anak perempuannya yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah premis.

Ustaz Mohd Khairi berkata,”Walaupun pihak LZNK telah membantu keluarga ini dari aspek penyediaan tempat tinggal. Kami tidak akan mengetepikan keperluan mereka sebagai asnaf yang layak dibantu memandangkan faktor kewangan pada masa kini semakin menghimpit kehidupan mereka.

Bukanlah kehendak mereka untuk diuji sebegini dan pihak LZNK akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian dengan keperluan mereka menggunakan wang zakat. Terdahulu, kit bantuan makanan asas telah disalurkan kepada keluarga ini sebagai tanda bersimpati pihak LZNK terhadap ujian yang melanda keluarga ini.

SUMBER : http://www.zakatkedah.com.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Anda mungkin juga meminati

Kad Asnaf 1

Pelancaran Kad Rawatan Asnaf

PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Penggunaan Kad Asnaf ini dapat dimanfaatkan oleh 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada golongan asnaf yang telah berkahwin.

Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah

Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh tutup permohonan: 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.

Majlis Konvokesyen NAZA Academy

Majlis Konvokesyen Naza Academy Kali Ke-6 ini, seramai 6 orang pelajar asnaf Negeri Pulau Pinang di bawah tajaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 di NAZA Academy Gurun, Kedah. Diploma disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mahfuz Bin Haji Omar, Timb. Menteri Sumber Manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *