Memenuhi Keperluan Fakir, Miskin dan Muallaf

Peka dengan keperluan asnaf fakir, miskin dan mualaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan skim bantuan makanan bulanan bagi memenuhi golongan yang memerlukan ini.

Dalam usaha memenuhi kecukupan golongan ini, LZS dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) sentiasa bekerjasama bagi memastikan setiap bantuan makanan bulanan yang disalurkan memenuhi kualiti dan terus bermanfaat untuk penerima.

Menurut Eksekutif Agihan Makanan, TERAS Hazanah binti Hayati berkata operasi pengagihan makanan bulanan akan dilakukan setiap hari bermula jam 8.30 hingga 5.00 petang meliputi sembilan daerah di seluruh Selangor.

“Setiap hari sebanyak 12 buah lori akan bergerak bagi mengagihkan makanan dengan dibantu seramai 24 orang kakitangan. Manakala bagi setiap penghantaran pula dianggarkan sebanyak 50 hingga 70 buah rumah bergantung kepada jadual penghantaran.”

Penjadualan penghantaran adalah berbeza setiap hari bergantung kepada pengesahan penerima bantuan itu sendiri. Bantuan hanya akan diagihkan kepada nama penerima bantuan sahaja. Jika penerima tiada di rumah, satu notis pemakluman akan diberikan,“ katanya ketika operasi penghantaran makanan bulanan bagi daerah Sepang.

Tambahnya lagi, dalam tempoh tiga hari sekiranya tiada maklum balas daripada penerima, TERAS akan menghubungi semula bagi menstrukur semula jadual penghantaran kepada mereka.Hazanah berkata bagi daerah Sepang pula, hampir 1,300 orang penerima bantuan makanan bulanan. Bagi setiap penerima, LZS akan memberikan maklumat lengkap beserta alamat bagi memudahkan urusan penghantaran kepada mereka.

Menurutnya lagi, cabaran utama dalam mengagihkan bantuan ini adalah jarak perjalanan yang perlu ditempuh bagi setiap aktiviti penghantaran.

“Bagi Daerah Sepang ini, jarak kedudukan rumah penerima bantuan terletak berjauhan antara satu sama lain. Ada yang jarak penghantaran mengambil masa hampir dua jam perjalanan untuk sebuah rumah.”

“Maka cabaran ini terletak pada bahu pemandu dan kelindan yang membuat penghantaran. Selain itu, mereka juga perlu mahir dengan selok-belok kawasan penghantaran terutamanya jalan yang sempit dengan halangan seperti kabel pendawaian elektrik atau dahan pokok yang menghalang laluan,“ tambahnya lagi.

Jelas Hazanah, “Setiap keluarga akan menerima makanan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula. Manakala jumlah nilai bantuan pula berbeza bagi setiap penerima bergantung kepada bilangan tanggungan dalam keluarga mereka.”

Bagi penerima bantuan makanan bulanan, Mohd Husaini bin Ahmad, 33 berkata kehadiran TERAS yang mengagihkan bantuan makanan ini sangat membantu kepada mereka sekeluarga. Beliau yang baru dua bulan menerima bantuan tersebut menzahirkan rasa syukur. Tambahan pula beliau telah mengalami kecelakaan jalan raya dan menyebabkan patah pada kedua-dua belah paha dan tidak mampu untuk bekerja buat masa terdekat ini.

“Saya tidak mampu untuk berjalan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi. Dulu saya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Adalah pendapatan. Sekarang saya sudah tidak mampu bekerja dan tiada sumber pendapatan lain. Jadi bantuan yang saya terima sangat membantu,“ katanya.

Melalui skim bantuan makanan ini, LZS yakin mampu memberi manfaat kepada mereka yang menerima seterusnya meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

SUMBER : www.zakatselangor.com.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Anda mungkin juga meminati

Kad Asnaf 1

Pelancaran Kad Rawatan Asnaf

PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Penggunaan Kad Asnaf ini dapat dimanfaatkan oleh 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada golongan asnaf yang telah berkahwin.

Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah

Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh tutup permohonan: 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.

Nasib Suami Tanpa Tempurung Kepala & Isteri Pengidap Sakit Kronik Dibela Zakat Kedah

Berikutan masalah kesihatan ketua keluarganya, mereka sekeluarga terhimpit dalam kesusahan kerana mengalami masalah dari segi kekangan kewangan. Dalam pada itu, Thahir Lazim, tidak memiliki tempurung kepala apabila telah dibuang selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tiga tahun lalu. Akibat kejadian tersebut, beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ahli keluarganya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *