Majlis Konvokesyen NAZA Academy

Majlis Konvokesyen Naza Academy Kali Ke-6 ini, seramai 6 orang pelajar asnaf Negeri Pulau Pinang di bawah tajaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 di NAZA Academy Gurun, Kedah. Diploma disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mahfuz Bin Haji Omar, Timb. Menteri Sumber Manusia.

Dua orang di antaranya adalah pelajar Tahfiz Al-Quran dan mereka berdua telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik tahun 2019 & Anugerah Industri.

NAZA Academy telah bekerjasama dengan Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak tahun 2015 dan sehingga kini telah berjaya mendidik mereka sehingga berjaya dan rata-rata telah memperolehi pekerjaan tetap dibeberapa buah pusat automotif tempatan.

Untuk makluman, terbaharu tahun 2019, ZPP telah menaja seramai 100 orang pelajar asnaf yang terdiri daripada kalangan huffaz untuk mengikuti kursus di NAZA Academy.

SUMBER : www.zakatpenang.com

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Anda mungkin juga meminati

Kad Asnaf 1

Pelancaran Kad Rawatan Asnaf

PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Penggunaan Kad Asnaf ini dapat dimanfaatkan oleh 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada golongan asnaf yang telah berkahwin.

Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah

Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh tutup permohonan: 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.

Nasib Suami Tanpa Tempurung Kepala & Isteri Pengidap Sakit Kronik Dibela Zakat Kedah

Berikutan masalah kesihatan ketua keluarganya, mereka sekeluarga terhimpit dalam kesusahan kerana mengalami masalah dari segi kekangan kewangan. Dalam pada itu, Thahir Lazim, tidak memiliki tempurung kepala apabila telah dibuang selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tiga tahun lalu. Akibat kejadian tersebut, beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ahli keluarganya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *