Bukit Kayu Hitam – En Ibrahim Bin Sabu, menghadapi detik cemas apabila rumahnya di Kampung Belimbing hangus terbakar dalam sekelip mata.
Dalam kejadian itu En. Ibrahim sekeluarga tiada dirumah dan setelah pulang mendapati rumah mereka sudah musnah terbakar dan tiada apa yang dapat diselamatkan.
Hasil maklumat yang diperolehi Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, En.Sopiyuddin telah menziarahi keluarga En.Ibrahim dan menyalurkan bantuan segera agar dapat meringankan beban mereka sekeluarga dalam menghadapi musibah.
Semoga keluarga En Ibrahim tabah menghadapinya.
Sumber : FB LZNK