Aku ni layak ke terima bantuan fakir dan miskin?

Saya ni layak ke kalau nak mohon bantuan untuk fakir & miskin??
Ada gaji bulanan tapi tak cukup. Boleh ke mohon??
Saya tak ada pendapatan tapi tinggal dengan anak yang bekerja. Layak tak??

Ini memang antara soalan paling kerap kami terima tentang kelayakan untuk memohon bantuan zakat. Sebelum anda membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat dari mana-mana institusi zakat di Malaysia, anda perlu faham dahulu tentang Asas Kelayakan yang telah ditetapkan.

Di Malaysia, untuk memohon bantuan zakat di bawah kategori asnaf Fakir & Miskin, institusi zakat menggunakan suatu bentuk kadar untuk menentukan samada seseorang pemohon itu Layak ataupun Tidak Layak untuk diberikan bantuan agihan dari peruntukan asnaf Fakir & Miskin. Kadar tersebut dipanggil Kadar Had Kifayah atau Kadar Had Kecukupan.

Untuk mudah faham, Had Kifayah ni adalah kadar minima Pendapatan Isi Rumah yang MESTI ada untuk seseorang itu hidup dengan selesa. Maksudnya, kalau pendapatan bulanan seseorang itu KURANG dari kadar Had Kifayah, maka secara asasnya dia Layak untuk dikategorikan sebagai Fakir ataupun Miskin.

Contoh : 

Suhaimi tinggal di Selangor. Suhaimi bekerja di sebuah kilang dengan gaji kasar sebulan berjumlah RM2,000. Suhaimi tak ada pendapatan lain. Dia menanggung 1 orang isteri yang tidak bekerja & 6 orang anak. 2 orang anak beliau bersekolah di sekolah menengah & 3 orang di sekolah rendah. 1 orang lagi anak Suhaimi berumur 3 tahun (tidak bersekolah). Suhaimi menyewa rumah dengan kadar RM500 sebulan. Maka, jumlah Pendapatan Isi Rumah Suhaimi adalah RM2,000 sebulan.

Ini adalah jumlah Had Kifayah atau Keperluan Minima yang keluarga Suhaimi mesti ada untuk tempoh sebulan. Jika Pendapatan Isi Rumah Suhaimi kurang dari Had Kifayah, maka Suhaimi adalah layak untuk memohon bantuan zakat di bawah kategori asnaf Fakir & Miskin. 

Kiraan Had Kifayah utk Suhaimi sekeluarga

Kalau ikut kiraan di atas, Pendapatan Isi Rumah bulanan Suhaimi (RM2,000) adalah kurang RM550 berbanding kadar Had Kifayah (RM2,550). Maka, dalam kes contoh ini, Suhaimi sekeluarga adalah Layak untuk menerima bantuan agihan zakat dari asnaf MISKIN. 

Selepas disahkan sebagai Layak sebagai asnaf Miskin, barulah Suhaimi boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan-bantuan yang difikirkan perlu oleh pihak zakat seperti Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Makanan Bulanan, Bantuan Persekolahan, Bantuan Saguhati Hari Raya, Bantuan Modal Perniagaan dan lain-lain.

Bagi kes di mana pemohon tinggal bersama anak yang telah bekerja, Pendapatan pemohon & anak-anak yang bekerja perlu dicampur sekali sebelum membuat kiraan Had Kifayah. Contohnya, jika gaji Pemohon adalah RM1,500 dan anak yang bekerja pula RM2,000, maka Pendapatan Isi Rumah adalah RM3,500.

Anda boleh membuat kiraan Had Kifayah sendiri dengan menggunakan link-link di bawah :

Selangor : SILA KLIK DI SINI
Wilayah Persekutuan : SILA KLIK DI SINI

Untuk lain-lain negeri, kami akan update semula kemudian.

Dalam post akan datang, kami akan kongsikan pula Cara Membuat Permohonan Bantuan Agihan Zakat untuk panduan semua. Nantikan sedikit masa lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Anda mungkin juga meminati

Kad Asnaf 1

Pelancaran Kad Rawatan Asnaf

PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Penggunaan Kad Asnaf ini dapat dimanfaatkan oleh 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada golongan asnaf yang telah berkahwin.

Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif cepat serta jaminan rawatan mesra ibadah dan patuh syariah

Tawaran Dermasiswa Zakat dan Dermasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Pemohon perlu melampirkan Slip Permohonan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh tutup permohonan: 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2019/2020 sahaja akan diproses.

Nasib Suami Tanpa Tempurung Kepala & Isteri Pengidap Sakit Kronik Dibela Zakat Kedah

Berikutan masalah kesihatan ketua keluarganya, mereka sekeluarga terhimpit dalam kesusahan kerana mengalami masalah dari segi kekangan kewangan. Dalam pada itu, Thahir Lazim, tidak memiliki tempurung kepala apabila telah dibuang selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tiga tahun lalu. Akibat kejadian tersebut, beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ahli keluarganya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *