Bukit Beruntung, Hulu Selangor–Program ziarah & semakan keperluan asnaf fakir, miskin dan muallaf di kariah Masjid Abu Bakar Ali bashah yang melibatkan sebanyak 6 buah keluarga asnaf diadakan hari ini, 21 Oktober.
Program ziarah ini turut melibatkan seluruh penolong amil kariah terlibat dan panel dakwah muallaf agar persefahaman dan kerjasama dapat di pertingkatkan di antara kami dan seterusnya dapat di zahirkan kepada masyarakat setempat.
Objektif utama program selain bertanya khabar. Ianya juga bertujuan untuk melihat semula keperluan asasi asnaf tersebut seperti sara hidup, tempat tinggal, pendidikan anak, kesihatan dan lain- lain lagi sama ada telah disantuni dengan sempurna atau tidak.
Semoga segala yang dilaksanakan ini memberi impak positif kepada para penerima zakat khususnya dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan masyarakat kepada institusi zakat.
Sumber : FB LZS MAIS